Taklimat Safe & Shield bersama SK NANGA MACHAN
14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini13 Dis 2024- NADI Machan bersama NADI KLUSTER Kanowit telah bekerjasama dalam menjayakan program Taklimat Safe & Shield. Antara aktiviti yang di jalankan adalah pengenalan kepada NADI. Seterusnya,pengurus NADI telah memberi taklimat S.A.F.E. & Shield. NADI telah mendapatkan respon yang baik dari pelajar kerana terdapat nya sesi soal jawab dan interaksi daripada para pelajar. Taklimat S.A.F.E. & Shield amat penting untuk membantu para pelajar dan warga sekolah untuk menjadi warga digital yang bijak.
Turut diselitkan saringan kesihatan kepada staff sekolah dan para guru.Sekalung penghargaan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan pihak NADI serta bersetuju untuk memberi kerjasama dalam mengedarkan borang pendaftaran ahli NADI. Semoga program sebegini dapat memberi manfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: